Sunday, February 14, 2016

Majlis Kahwin-Tuminah

Majlis  perkahwinan anak Pn. Hjh. Tuminah binti Sastro Pawiro dan suami  telah diadakan pada 17/12/2015 di kediamannya  di Taman Sayung Pinang, Bandar Tenggara. Majlis  sangat meriah dan telah dihadiri oleh para jemputan. Lebih bermakna  lagi apabila para sahabat lama telah dapat berkunjung meraikan majlis ini, Rakan-rakan lama ini setelah 40 tahun berpisah kini diketemukan lagi dengan Pre Reunion  di rumah Pn. Hjh. Tuminah (Bik Tum).



Pn. Hjh. Sarinah sedang termenung mengenangkan masa depan. Bila rakan-rakan lain  nak jumpa.


Tn. Buang dan Tn Radzali sedang memotong kek sempena pre reunion di rumah Bik Tum (Hjh. Tuminah), Barudin Kodin kelihatan ceria.


Tetamu dari Bera (Tn. Barudin Kodin)  diraikan oleh rakan-rakan seperti Hamid Aswandi dan Shahdan Ali serta Sarinah Sarih  di Taman Sayung Pinang.

Penyambut tetamu yang setia Pn. Hjh. Sarinah binti Sarih. Setia menyambut rakan-rakan yang datang dari jauh.

No comments:

Post a Comment